Catatan

Tunjukkan catatan dari 2021

Apa Itu Rasuah?

Imej
Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun. Sumber: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan. Berdasarkan  Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694)  : Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009] Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009] Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009] Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009] Gagal Melapor Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah di bawah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009 DENDA  : Tidak lebih RM10...

Sejarah Kehakiman

Imej
 Assalamualaikum dan salam Keluarga Malaysia. Hari ini saya ingin kita semua tambah pengetahuan am kita dengan mengetahui sejarah kehakiman di Malaysia. Saya percaya ada dalam kalangan generasi muda tidak tahu bagimana institusi kehakiman ini dibina di negara kita. Lihat dan baca peta minda ini. Sumber : Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

ABDUL RAZAK GURNAH

Imej
Pencipta Sweden, Alfred Nobel, pertama kali memulakan penubuhan Hadiah Nobel pada tahun 1895. Hadiah pertama dianugerahkan pada tahun 1901, untuk kepahlawanan dan penciptaan dalam kimia, fizik, kesusasteraan, dan psikologi perubatan. Pingat pertama yang dibuat pada 1980-an ialah 24 karat emas tetapi kemudian ia merupakan pingat emas 18 karat emas bersalut dengan emas 24 karat. Acara Hadiah Nobel diadakan setiap tahun tanpa terkecuali di Stockholm, ibukota Sweden, kecuali upacara Hadiah Keamanan Nobel yang dilaksanakan di Oslo, Norway. Setiap orang yang dipilih atau organisasi menerima pingat emas, diploma dan sekaligus wang. Sehingga 2017, harga kewangan yang sangat baik dianggarkan pada $ 1, 110, 000. Selama bertahun-tahun, Hadiah Nobel dianggap sebagai hadiah tertinggi yang pernah diberikan kepada seseorang sebagai penghormatan. Pada tahun 2021, anugerah ini memilih seorang tokoh kesusasteraan Inggeris yang telah memberi sumbangan berdasarkan hasil penulisannya. Beliau adalah Abdur R...

NERACA

Imej
 HEBAT! Itulah yang saya katakan apabila mendengar buat kali pertamanya apabila mendengar lagu ini. Lagunya bertajuk 'Neraca' yang dicipta oleh dua orang penyanyi genre rap iaitu Kmy Kmo dan Luca Sickta. Lagu ini mempunyai kisah yang mendalam berkaitan kehidupan manusia. Lirik yang ditulis juga penuh dengan isi tersurat dan tersirat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat , Neraca membawa maksud timbangan. .         Sumber: Youtube Lagu ini mengisahkan tentang kehidupan manusia pada zaman kini yang seakan-akan terikat dengan dunia sekarang berbanding akhirat. Isu sosial yang semakin berleluasa menjadi intipati dalam lagu ini. Penulis lirik juga berkata, pengalaman mereka sendiri melalui komen-komen negatif yang dilemparkan pada mereka di media sosial juga menjadi penyumbang dalam lirik Neraca. Jika dihayati lirik ini, kedua-dua komposer dan penulis lirik juga mengajak pendengar dan juga rakyat Malaysia untuk sentiasa beradab walau dimana sahaja. Biarpun ber...

PEMIMPIN AMANAH, UMMAH BAHAGIA

Imej
20 November 2021 yang lalu, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan telah berlangsung dengan penuh penghayatan. Selawat dan salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W tidak henti-henti dialunkan dari mulut kita. Namun, saya ingin berkongsi disini berkenaan titah Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang cukup sarat dengan intipati dan teguran serta nasihat yang baik untuk semua lapisan masyarakat.      Baginda bertitah, pemimpin yang tidak amanah dan tidak berintegriti akan mengakibatkan ummah berada dalam sengsara. kemiskinan ummah akan menjadi lebih buruk apabila pemimpin lebih mengutamakan agenda membina kekayaan material dengan mengambil dan menidakkan hak ummah secara tidak adil serta melalui kaedah yang meragukan. kekayaan material yang diperoleh secara mencurigakan akan melahirkan individu kaya secara mendadak tanpa dilengkapi kekayaan minda, intelek, ilmu dan rohani. Sumber : Bernama      ”Ia adalah kekayaan p...

SALAH GUNA KUASA DAN RASUAH

Imej
Perhatian serius harus diberikan terhadap isu yang melibatkan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dalam negara kita.  Isu yang melibat rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dalam negara kita tidak boleh dibiarkan berterusan berlaku kerana ia sudah pasti memberi kesan buruk kepada rakyat dan negara kita.  Rakyat pun sudah muak mendengar isu yang melibatkan rasuah dan salah guna yang kerap kali berlaku dalam negara kita. Sekiranya kita ingin mewujudkan sebuah negara yang benar-benar bebas daripada rasuah serta salah guna kuasa semua pihak dalam negara kita perlu aktif memainkan peranan masing-masing dengan melakukan proses pemantauan serta tampil berani melaporkan sebarang kegiatan salah laku yang disyaki berkenaan kepada pihak berkuasa yang berkaitan seperti pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses siasatan lanjut dilakukan. Orang ramai perlu sentiasa sensitif dan peka dengan keadaan sekeliling mereka serta ...

APLIKASI

Imej
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, aplikasi membawa makna kepada kegunaan atau mengaplikasikan secara praktik atau amali, melaksanakan atau menggunakan pada amalan. Erti aplikasi juga membawa maksud atur cara atau program komputer yang direka khusus untuk kegunaan tertentu. Sumber : Berita Harian          Aplikasi ini mampu mewujudkan pelbagai perkara yang memudahkan kerja harian penggunanya. Senang cerita, semua berada di hujung jari. Sebagai contoh, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mewujudkan satu aplikasi Mudah Alih Nasional dimana semua perkhidmatan boleh dilanggan oleh pengguna menggunakan satu aplikasi sahaja. Nampak gayanya Malaysia semakin kehadapan dalam urusan perkhidmatan dan juga teknologi. Perkhidmatan yang bagaimana agaknya diletakkan dalam aplikasi ini? Sama-sama kita nantikan pelancarannya.                     Sumber : Majlis Keselamatan Negara (MKN)   ...

RAKYAT TIDAK BERPUAS HATI?

Imej
 Assalamualaikum dan Hai semua blogger,     Saya terdetik untuk menulis kisah ini kerana berdasarkan pemerhatian dan pembacaan saya di akhbar, media sosial dan juga di televisyen. Kita sering dikejutkan dengan beberapa insiden yang berlaku sehingga menggemparkan negara. Insiden seperti Kes Muhammad Adib, kes kanak-kanak didera dan juga pelajar UPNM dibuli oleh rakan-rakan menjadi buah mulut seluruh rakyat Malaysia kerana perbuatan manusia yang durjana seperti tidak berhati perut sehingga membawa kematian. Tidak terhenti disitu, apabila kes-kes seperti ini dibawa ke Mahkamah, ia juga dijadikan kisah utama didada-dada akhbar kerana keputusan hakim. Hal ini dikatakan demikian kerana sesetengah kes yang dibawa ke Mahkamah, mengundang ketidakpuasan hati masyarakat dek kerana hukuman yang dikenakan tidak setimpal dengan perbuatan mereka. Mengapa perkara sebegini berlaku? Mengapa masyarakat boleh berasa tidak puas hati? Adakah mahkamah menjatuhkan hukuman berdasarkan undang-unda...

Institusi Kehakiman

Imej
 Assalamualaikum dan hai     10 November 2021, Rabu, saya melangkah masuk ke Kompleks Mahkamah Kuantan yang terletak di Bandar Indera Mahkota. Tujuan ke sini adalah untuk menemani Ayahanda untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan perniagaan beliau. Saya turut mengambil peluang ini untuk mengadakan kajian lapangan saya supaya saya dapat memerhatikan dengan mata saya sendiri.          Sepanjang berada di sana, mata ini tertarik dengan penampilan dan juga gaya para peguam dan para hakim yang ke hulu ke hilir sibuk mengejar waktu untuk bertemu dengan anak guam masing-masing barangkali. Gaya mereka penuh dengan aura peguam dan mata saya tak lari dari memandang mereka.          Saya terpegun melihat rekaan dalaman kompleks ini dan kalau nak tahu ini kali pertama saya masuk ke dalam kompleks ini biarpun saya tinggal di Kuantan. Sementara menunggu urusan Ayahanda selesai, sambil memerhati keadaan sekeliling, imaginasi saya b...