APLIKASI

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, aplikasi membawa makna kepada kegunaan atau mengaplikasikan secara praktik atau amali, melaksanakan atau menggunakan pada amalan. Erti aplikasi juga membawa maksud atur cara atau program komputer yang direka khusus untuk kegunaan tertentu.

Sumber : Berita Harian
    
    Aplikasi ini mampu mewujudkan pelbagai perkara yang memudahkan kerja harian penggunanya. Senang cerita, semua berada di hujung jari. Sebagai contoh, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mewujudkan satu aplikasi Mudah Alih Nasional dimana semua perkhidmatan boleh dilanggan oleh pengguna menggunakan satu aplikasi sahaja. Nampak gayanya Malaysia semakin kehadapan dalam urusan perkhidmatan dan juga teknologi. Perkhidmatan yang bagaimana agaknya diletakkan dalam aplikasi ini? Sama-sama kita nantikan pelancarannya.
    
            
Sumber : Majlis Keselamatan Negara (MKN)

    Semenjak negara kita dilanda wabak COVID-19, Majlis Keselamatan Negara telah mewujudkan aplikasi yang diberi nama Mysejahtera. Fungsi utama aplikasi MySejahtera adalah untuk membantu pihak kerajaan dalam mengurus dan mengurangkan wabak COVID-19, membolehkan pengguna memantau keadaan kesihatan mereka sepanjang wabak COVID-19, membantu pengguna mendapatkan rawatan dengan segera jika didiagnosis dengan COVID-19 dan membantu mencari kemudahan kesihatan terdekat bagi pemeriksaan dan rawatan COVID-19. Aplikasi ini juga banyak digunakan di negara ini untuk mendaftar masuk ketika mengunjungi tempat baru melalui kaedah pengimbasan kod QR dan sekarang juga digunakan untuk pendaftaran program vaksin COVID-19 negara.

    Ternyata, aplikasi ini jika diwujudkan untuk kegunaan sesuatu mampu memudahkan urusan pelbagai pihak terutamanya melibatkan data orang ramai. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NERACA

SALAM PERKENALAN :)

ABDUL RAZAK GURNAH