Dari 1'A' ke Ijazah Sarjana Muda 💗
Hari ini saya terdetik ingin berkongsi kepada sahabat-sahabat blogger saya mengenai perjalanan hidup saya sebagai seorang 'PELAJAR'. Saya akui saya bukan pelajar yang bijak dan cemerlang tapi saya percaya berbekalkan usaha dan doa, kita pasti berjaya. Keluarga saya hidupnya berpindah-randah (nomad) kerana Ayahanda saya bekerja sendiri. Saya antara pelajar yang mempunyai lebih dari satu buah sekolah. Saya pernah berpindah dari Kuantan - KL - Kuantan - KL dan kini kembali semula ke Kuantan. Pening kan? Itulah rezeki keluarga saya yang saya anggap ada turun naiknya. Hendak menceritakan sekolah pula, saya mempunyai 4 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah. Tak percaya kan? begitulah saya. Berbalik kepada perjalanan hidup sebagai seorang pelajar, saya bukan seorang yang study hard malah study smart pun jarang Huhuhuhuhu. Apa yang dicurahkan oleh Guru saya itulah yang saya tadah dan saya cuba hafal. Saya belajar hanya di sekolah. Diluar sekolah...