Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

CERPEN NERACA

  “SAYA tidak setuju! Ini sudah melanggar etika dan protokol institusi kehakiman!” Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Hisham menentang dengan nada yang begitu marah. “Saya rasa sudah tiba masanya negara dan dunia kehakiman lakukan perubahan yang ketara sehingga rakyat di negara kita percaya pada kita. Mereka pun ada hak untuk menentukan kesalahan-kesalahan yang ada di mahkamah.” Kesemua ahli dalam bilik mesyuarat khas itu terdiam. Satu jam yang lepas, Perdana Menteri dan juga Ketua Hakim Negara memanggil Peguam Negara dan juga peguam-peguam yang ada untuk membincangkan berkenaan memulihkan semula nama baik institusi kehakiman. Perbincangan yang hangat itu menjadikan Jabatan Perdana Menteri tempat berlangsungnya mesyuarat khas itu menjadi huru-hara. Agenda mesyuarat oleh Jabatan Kehakiman Negara bersama Perdana Menteri itu adalah untuk mencapai kata sepakat tindakan yang perlu dilakukan oleh mereka demi memastikan nama baik sistem perundangan di Malaysia. “Biar saya ulang cadang...

BICARA KLUSTER WARISAN MELAYU BERSAMA DR KHAIRIL IDHAM ISMAIL

Imej
  Alhamdulillah. Saya berkesempatan menyertai sebuah program bual bicara yang dianjurkan oleh Kluster Warisan Melayu oleh pensyarah saya sendiri iaitu Prof. Dr. Mawar Safei bagi kursus kami SKMM2083 Penulisan Kreatif. Tajuk program pada kali ini adalah 'Doktor Yang Menulis Cerpen'. Panel jemputan pada kali ini ialah Dr Khairil Idham Ismail merupakan seorang Doktor Kesihatan Pekerjaan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia Dr. Khairil Idham Ismail Dr Khairil Adham berkongsi pengalaman beliau dalam menghasilkan sebuah cerpen yang bertajuk 'Cerita Rokiah yang Sakit Bersalin'. Cerpen ini mengisahkan Rokiah yang sedang mengalami kesakitan untuk bersalin namun yang dilahirkannya bukanlah seorang bayi tetapi bauksit. Sebenarnya kisah ini adalah kebimbangan Dr Khairil Idham tentang pencemaran alam sekitar yang berupaya memberi pelbagai ancaman kesihatan baik kepada pekerjaannya begitu juga kepada persekitarannya.  Teknik yang digunakan oleh Dr Khairil telah menarik perhatian sa...