Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2021

SALAH GUNA KUASA DAN RASUAH

Imej
Perhatian serius harus diberikan terhadap isu yang melibatkan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dalam negara kita.  Isu yang melibat rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dalam negara kita tidak boleh dibiarkan berterusan berlaku kerana ia sudah pasti memberi kesan buruk kepada rakyat dan negara kita.  Rakyat pun sudah muak mendengar isu yang melibatkan rasuah dan salah guna yang kerap kali berlaku dalam negara kita. Sekiranya kita ingin mewujudkan sebuah negara yang benar-benar bebas daripada rasuah serta salah guna kuasa semua pihak dalam negara kita perlu aktif memainkan peranan masing-masing dengan melakukan proses pemantauan serta tampil berani melaporkan sebarang kegiatan salah laku yang disyaki berkenaan kepada pihak berkuasa yang berkaitan seperti pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses siasatan lanjut dilakukan. Orang ramai perlu sentiasa sensitif dan peka dengan keadaan sekeliling mereka serta ...

APLIKASI

Imej
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, aplikasi membawa makna kepada kegunaan atau mengaplikasikan secara praktik atau amali, melaksanakan atau menggunakan pada amalan. Erti aplikasi juga membawa maksud atur cara atau program komputer yang direka khusus untuk kegunaan tertentu. Sumber : Berita Harian          Aplikasi ini mampu mewujudkan pelbagai perkara yang memudahkan kerja harian penggunanya. Senang cerita, semua berada di hujung jari. Sebagai contoh, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mewujudkan satu aplikasi Mudah Alih Nasional dimana semua perkhidmatan boleh dilanggan oleh pengguna menggunakan satu aplikasi sahaja. Nampak gayanya Malaysia semakin kehadapan dalam urusan perkhidmatan dan juga teknologi. Perkhidmatan yang bagaimana agaknya diletakkan dalam aplikasi ini? Sama-sama kita nantikan pelancarannya.                     Sumber : Majlis Keselamatan Negara (MKN)   ...

RAKYAT TIDAK BERPUAS HATI?

Imej
 Assalamualaikum dan Hai semua blogger,     Saya terdetik untuk menulis kisah ini kerana berdasarkan pemerhatian dan pembacaan saya di akhbar, media sosial dan juga di televisyen. Kita sering dikejutkan dengan beberapa insiden yang berlaku sehingga menggemparkan negara. Insiden seperti Kes Muhammad Adib, kes kanak-kanak didera dan juga pelajar UPNM dibuli oleh rakan-rakan menjadi buah mulut seluruh rakyat Malaysia kerana perbuatan manusia yang durjana seperti tidak berhati perut sehingga membawa kematian. Tidak terhenti disitu, apabila kes-kes seperti ini dibawa ke Mahkamah, ia juga dijadikan kisah utama didada-dada akhbar kerana keputusan hakim. Hal ini dikatakan demikian kerana sesetengah kes yang dibawa ke Mahkamah, mengundang ketidakpuasan hati masyarakat dek kerana hukuman yang dikenakan tidak setimpal dengan perbuatan mereka. Mengapa perkara sebegini berlaku? Mengapa masyarakat boleh berasa tidak puas hati? Adakah mahkamah menjatuhkan hukuman berdasarkan undang-unda...

Institusi Kehakiman

Imej
 Assalamualaikum dan hai     10 November 2021, Rabu, saya melangkah masuk ke Kompleks Mahkamah Kuantan yang terletak di Bandar Indera Mahkota. Tujuan ke sini adalah untuk menemani Ayahanda untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan perniagaan beliau. Saya turut mengambil peluang ini untuk mengadakan kajian lapangan saya supaya saya dapat memerhatikan dengan mata saya sendiri.          Sepanjang berada di sana, mata ini tertarik dengan penampilan dan juga gaya para peguam dan para hakim yang ke hulu ke hilir sibuk mengejar waktu untuk bertemu dengan anak guam masing-masing barangkali. Gaya mereka penuh dengan aura peguam dan mata saya tak lari dari memandang mereka.          Saya terpegun melihat rekaan dalaman kompleks ini dan kalau nak tahu ini kali pertama saya masuk ke dalam kompleks ini biarpun saya tinggal di Kuantan. Sementara menunggu urusan Ayahanda selesai, sambil memerhati keadaan sekeliling, imaginasi saya b...