Apa Itu Rasuah?
Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun. Sumber: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan. Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694) : Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009] Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009] Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009] Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009] Gagal Melapor Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah di bawah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009 DENDA : Tidak lebih RM10...