NERACA

 HEBAT!

Itulah yang saya katakan apabila mendengar buat kali pertamanya apabila mendengar lagu ini. Lagunya bertajuk 'Neraca' yang dicipta oleh dua orang penyanyi genre rap iaitu Kmy Kmo dan Luca Sickta. Lagu ini mempunyai kisah yang mendalam berkaitan kehidupan manusia. Lirik yang ditulis juga penuh dengan isi tersurat dan tersirat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Neraca membawa maksud timbangan.

.
        Sumber: Youtube

Lagu ini mengisahkan tentang kehidupan manusia pada zaman kini yang seakan-akan terikat dengan dunia sekarang berbanding akhirat. Isu sosial yang semakin berleluasa menjadi intipati dalam lagu ini. Penulis lirik juga berkata, pengalaman mereka sendiri melalui komen-komen negatif yang dilemparkan pada mereka di media sosial juga menjadi penyumbang dalam lirik Neraca.

Jika dihayati lirik ini, kedua-dua komposer dan penulis lirik juga mengajak pendengar dan juga rakyat Malaysia untuk sentiasa beradab walau dimana sahaja. Biarpun berbentuk hiburan, ini juga salah satu medium untuk menyampaikan dan mengajar adab kepada pendengar. 

Antara lirik yang menarik perhatian saya adalah :

Sinar mentari yang menerangi
Bumi yang digelapkan sang purnama
Seruan itu kekal berbunyi
Kekal bergema seluruh cakrawala
Memanggil engkau, memanggil aku
Memanggil kita dari rutin drama
Mencari arah suara itu
Tuk laksanakan rutin yang sebenarnya

Sama-samalah kita menghayati lirik yang ditulis oleh dua orang pemuda ini dan mengambil pengajaran yang disertakan melalui lagu ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SALAM PERKENALAN :)

ABDUL RAZAK GURNAH