RAKYAT TIDAK BERPUAS HATI?
Assalamualaikum dan Hai semua blogger,
Saya terdetik untuk menulis kisah ini kerana berdasarkan pemerhatian dan pembacaan saya di akhbar, media sosial dan juga di televisyen. Kita sering dikejutkan dengan beberapa insiden yang berlaku sehingga menggemparkan negara. Insiden seperti Kes Muhammad Adib, kes kanak-kanak didera dan juga pelajar UPNM dibuli oleh rakan-rakan menjadi buah mulut seluruh rakyat Malaysia kerana perbuatan manusia yang durjana seperti tidak berhati perut sehingga membawa kematian. Tidak terhenti disitu, apabila kes-kes seperti ini dibawa ke Mahkamah, ia juga dijadikan kisah utama didada-dada akhbar kerana keputusan hakim. Hal ini dikatakan demikian kerana sesetengah kes yang dibawa ke Mahkamah, mengundang ketidakpuasan hati masyarakat dek kerana hukuman yang dikenakan tidak setimpal dengan perbuatan mereka. Mengapa perkara sebegini berlaku? Mengapa masyarakat boleh berasa tidak puas hati? Adakah mahkamah menjatuhkan hukuman berdasarkan undang-undang yang ditetapkan? Adakah ada campur tangan politik? Semua ini sering menjadi tanda tanya bagi kita semua.
Ulasan
Catat Ulasan