Catatan

CERPEN NERACA

  “SAYA tidak setuju! Ini sudah melanggar etika dan protokol institusi kehakiman!” Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Hisham menentang dengan nada yang begitu marah. “Saya rasa sudah tiba masanya negara dan dunia kehakiman lakukan perubahan yang ketara sehingga rakyat di negara kita percaya pada kita. Mereka pun ada hak untuk menentukan kesalahan-kesalahan yang ada di mahkamah.” Kesemua ahli dalam bilik mesyuarat khas itu terdiam. Satu jam yang lepas, Perdana Menteri dan juga Ketua Hakim Negara memanggil Peguam Negara dan juga peguam-peguam yang ada untuk membincangkan berkenaan memulihkan semula nama baik institusi kehakiman. Perbincangan yang hangat itu menjadikan Jabatan Perdana Menteri tempat berlangsungnya mesyuarat khas itu menjadi huru-hara. Agenda mesyuarat oleh Jabatan Kehakiman Negara bersama Perdana Menteri itu adalah untuk mencapai kata sepakat tindakan yang perlu dilakukan oleh mereka demi memastikan nama baik sistem perundangan di Malaysia. “Biar saya ulang cadangan s

BICARA KLUSTER WARISAN MELAYU BERSAMA DR KHAIRIL IDHAM ISMAIL

Imej
  Alhamdulillah. Saya berkesempatan menyertai sebuah program bual bicara yang dianjurkan oleh Kluster Warisan Melayu oleh pensyarah saya sendiri iaitu Prof. Dr. Mawar Safei bagi kursus kami SKMM2083 Penulisan Kreatif. Tajuk program pada kali ini adalah 'Doktor Yang Menulis Cerpen'. Panel jemputan pada kali ini ialah Dr Khairil Idham Ismail merupakan seorang Doktor Kesihatan Pekerjaan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia Dr. Khairil Idham Ismail Dr Khairil Adham berkongsi pengalaman beliau dalam menghasilkan sebuah cerpen yang bertajuk 'Cerita Rokiah yang Sakit Bersalin'. Cerpen ini mengisahkan Rokiah yang sedang mengalami kesakitan untuk bersalin namun yang dilahirkannya bukanlah seorang bayi tetapi bauksit. Sebenarnya kisah ini adalah kebimbangan Dr Khairil Idham tentang pencemaran alam sekitar yang berupaya memberi pelbagai ancaman kesihatan baik kepada pekerjaannya begitu juga kepada persekitarannya.  Teknik yang digunakan oleh Dr Khairil telah menarik perhatian sa

Apa Itu Rasuah?

Imej
Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah, diskaun. Sumber: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sebagai contoh, seorang kontraktor telah menghadiahkan seutas jam tangan kepada seorang pegawai kerajaan kerana telah meluluskan projek kepada syarikat milik kontraktor berkenaan. Berdasarkan  Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694)  : Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009] Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009] Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009] Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009] Gagal Melapor Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah di bawah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009 DENDA  : Tidak lebih RM100,000 PENJARA

Sejarah Kehakiman

Imej
 Assalamualaikum dan salam Keluarga Malaysia. Hari ini saya ingin kita semua tambah pengetahuan am kita dengan mengetahui sejarah kehakiman di Malaysia. Saya percaya ada dalam kalangan generasi muda tidak tahu bagimana institusi kehakiman ini dibina di negara kita. Lihat dan baca peta minda ini. Sumber : Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia

ABDUL RAZAK GURNAH

Imej
Pencipta Sweden, Alfred Nobel, pertama kali memulakan penubuhan Hadiah Nobel pada tahun 1895. Hadiah pertama dianugerahkan pada tahun 1901, untuk kepahlawanan dan penciptaan dalam kimia, fizik, kesusasteraan, dan psikologi perubatan. Pingat pertama yang dibuat pada 1980-an ialah 24 karat emas tetapi kemudian ia merupakan pingat emas 18 karat emas bersalut dengan emas 24 karat. Acara Hadiah Nobel diadakan setiap tahun tanpa terkecuali di Stockholm, ibukota Sweden, kecuali upacara Hadiah Keamanan Nobel yang dilaksanakan di Oslo, Norway. Setiap orang yang dipilih atau organisasi menerima pingat emas, diploma dan sekaligus wang. Sehingga 2017, harga kewangan yang sangat baik dianggarkan pada $ 1, 110, 000. Selama bertahun-tahun, Hadiah Nobel dianggap sebagai hadiah tertinggi yang pernah diberikan kepada seseorang sebagai penghormatan. Pada tahun 2021, anugerah ini memilih seorang tokoh kesusasteraan Inggeris yang telah memberi sumbangan berdasarkan hasil penulisannya. Beliau adalah Abdur R

NERACA

Imej
 HEBAT! Itulah yang saya katakan apabila mendengar buat kali pertamanya apabila mendengar lagu ini. Lagunya bertajuk 'Neraca' yang dicipta oleh dua orang penyanyi genre rap iaitu Kmy Kmo dan Luca Sickta. Lagu ini mempunyai kisah yang mendalam berkaitan kehidupan manusia. Lirik yang ditulis juga penuh dengan isi tersurat dan tersirat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat , Neraca membawa maksud timbangan. .         Sumber: Youtube Lagu ini mengisahkan tentang kehidupan manusia pada zaman kini yang seakan-akan terikat dengan dunia sekarang berbanding akhirat. Isu sosial yang semakin berleluasa menjadi intipati dalam lagu ini. Penulis lirik juga berkata, pengalaman mereka sendiri melalui komen-komen negatif yang dilemparkan pada mereka di media sosial juga menjadi penyumbang dalam lirik Neraca. Jika dihayati lirik ini, kedua-dua komposer dan penulis lirik juga mengajak pendengar dan juga rakyat Malaysia untuk sentiasa beradab walau dimana sahaja. Biarpun berbentuk hiburan, ini juga s

PEMIMPIN AMANAH, UMMAH BAHAGIA

Imej
20 November 2021 yang lalu, sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan telah berlangsung dengan penuh penghayatan. Selawat dan salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W tidak henti-henti dialunkan dari mulut kita. Namun, saya ingin berkongsi disini berkenaan titah Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang cukup sarat dengan intipati dan teguran serta nasihat yang baik untuk semua lapisan masyarakat.      Baginda bertitah, pemimpin yang tidak amanah dan tidak berintegriti akan mengakibatkan ummah berada dalam sengsara. kemiskinan ummah akan menjadi lebih buruk apabila pemimpin lebih mengutamakan agenda membina kekayaan material dengan mengambil dan menidakkan hak ummah secara tidak adil serta melalui kaedah yang meragukan. kekayaan material yang diperoleh secara mencurigakan akan melahirkan individu kaya secara mendadak tanpa dilengkapi kekayaan minda, intelek, ilmu dan rohani. Sumber : Bernama      ”Ia adalah kekayaan palsu yang sementara sifatnya,